Touch ’n Go Mengumumkan Bazar Ramadan Nirtunai Di Kampong Bahru

Touch ’n Go Mengumumkan Bazar Ramadan Nirtunai Di Kampong Bahru

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Dengan bulan Ramadan menjelang tiba pada minggu hadapan, semestinya salah satu aktiviti yang akan dilakukan ramai adalah berkunjung ke bazar ramadan lewat petang dalam membeli juadah berbuka. Kini, selari dengannya, pihak Touch ’n Go dalam usaha mempromosikan dompet digital mereka, telah mengumumkan bazar Ramadan nirtunai di Kampung Bahru.

Kampung Nirtunai

Melaluinya, lebih 400 gerai di Kampung Bahru, Kuala Lumpur akan menerima bayaran secara nirtunai, sekaligus memudahkan lagi aktiviti jual-beli berbanding kebiasaan.

TNG turut mengumumkan ganjaran wang tunai kembali yang akan diberikan secara rawak kepada perbelanjaan minimum RM5 antara 4 Mei 2019 hingga 30 Jun 2019 kelak (atau sehingga wang tunai RM1 juta ditebus melalui ganjaran wang tunai kembali). Setiap pengguna boleh menerima wang tunai kenbali ini sebanyak 3 kali dalam tempoh promosi berkenaan.

Selain daripada itu, TNG juga dilihat akan mengadakan sejumlah aktiviti menarik sepanjang tempoh Ramadan ini dalam mempromosikan penggunaan dompet digital mereka.

Sekiranya anda berada sekitar Kuala Lumpur, mungkin boleh ke Bazar Ramadan di Kampong Bahru, dan mencuba sendiri penggunaan dompet digital TNG dalam membeli juadah berbuka puasa.


TIPS & ULASAN