Hari ini Malaysia Airlines memperkenalkan aplikasi baharu mereka iaitu, MHassistant. Pelaksanaan aplikasi ini sebenarnya penjenamaan semula daripada MHfeedback. Tujuan aplikasi ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan aktif Malaysia Airlines untuk menaiktaraf dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka pada perkhidmatan hospitaliti.
Menerusi pelayar aplikasi ini, pelbagai ciri tambahan seperti anda dapat melihat promosi terkini destinasi penerbangan, penempahan tiket penerbangan dengan kadar segera, status penerbangan dan maklum balas perkhidmatan yang diterima. Ia juga memberikan akses kepada MHupgrade, Enrich dan penawaran sewa kenderaan serta hotel dari rakan niaga MAB.
Selain itu MHassistant turut membolehkan pelanggan Malaysia Airlines memuat turun MHvouchers yang boleh digunakan pada pelbagai perkhidmatan termasuk berbelanja bersama penerbangan pada kadar yang berpatutan.
Bagi anda yang ingin merasai pengalaman hospitaliti yang berbeza bersama Malaysia Airlines, anda bolehlah memuat turun aplikasi MHassistant ini pada peranti pintar di Google Play dan App Store. Pelbagai tawaran menarik menanti anda pada aplikasi tersebut.
- Muat turun aplikasi MHassistant dari Google Play Store
- Muat turun aplikasi MHassistant dari Apple App Store