Spesifikasi Samsung Galaxy M40 Tertiris Pada Laman Geekbench

Spesifikasi Samsung Galaxy M40 Tertiris Pada Laman Geekbench

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Setakat ini tiga peranti di bawah keluarga Galaxy M telah dilancarkan dengan beberapa model telahpun dijual di Malaysia. Samsung akan melancarkan sebuah lagi peranti yang menggunakan nama Galaxy M40. Beberapa spesifikasi peranti ini telahpun tertiris selepas ia muncul pada laman penanda aras Geekbench.

Samsung Galaxy M40 dilengkapi cip Snapdragon 675, dilengkapi memori sebesar 6GB RAM dan menggunakan sistem operasi Android Pie. Terdapat ura-ura ia akan dilengkapi skrin 6.4″ AMOLED dengan takuk Infinity-U, memori sehingga 128GB, kamera utama 13+5+5 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 5000 mAh.

Ini menjadikan Galaxy M40, peranti yang paling berkuasa di dalam keluarga Galaxy M kerana tiga peranti terdahulu menggunakan cip Exynos 7904 dan Exynos 7870 sahaja. Tarikh pelancaran masih belum diketahui tetapi Samsung tahun ini melancarkan hampir satu peranti baharu setiap bulan.


TIPS & ULASAN