Timbang Air Moden Ini Menggantikan Gelembung Udara Dengan Lampu LED

Timbang Air Moden Ini Menggantikan Gelembung Udara Dengan Lampu LED

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Alat timbang air (spirit level) adalah alat yang pasti ramai pernah gunakan di bengkel kemahiran hidup suatu ketika dahulu. Ia digunakan untuk memastikan rak dan gambar yang dipasang di dinding adalah berkedudukan selari dengan permukaan lantai. Sejak dicipta pada tahun 1661, rekaan asas timbang air tidak banyak berubah hinggalah sekarang.

LumiLevel ialah timbang air yang menggantikan gelembung udara dengan sistem lampu LED. Menurut pereka LumiLevel, ini menjadikannya timbang air yang paling tepat dunia dengan ketepatan sehingga 0.2 darjah. Tubuh diperbuat daripada aluminium dan bermagnet bagi membolehkannya melekap pada paip ketika digunakan.

Kerana ia menggunakan LED, ia boleh digunakan dengan mudah di dalam gelap tidak seperti timbang air biasa. Jika ia diketuk kesemua lampu LED akan menyala bagi membolehkannya berfungsi sebagai lampu suluh. Sebanyak empat bateri bersaiz AA diperlukan untuk beroperasi. LumiLevel kini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula dari CAD 39 (~RM 120) sebatang,


TIPS & ULASAN