Carian
Mod Kereta Spotify Akhirnya Disokong Pada Aplikasi iOS
May 3, 2019 Effi Saharudin

Pada awal Januari lalu, mod kereta Car View diperkenalkan pada aplikasi Spotify versi Android. Menerusi fungsi ini, paparan aplikasi akan menjadi lebih mudah digunakan ketika memandu. Ia hanya diaktifkan pada pengguna Android sahaja pada waktu ini. Hari ini ia akhirnya diaktifkan kepada pengguna Spotify versi iOS.

Mod kereta akan diaktifkan secara automatik apabila peranti ditambat kepada sistem audio visual kenderaan menggunakan bluetooth. Butang kawalan pemain dan visual akan berubah menjadi lebih besar. Jika anda kurang menggemari antaramuka ini, ia boleh dinyahaktifkan dengan menekan butang menu pada bucu atas sebelah kanan skrin.

Komen