Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah diperkatakan beberapa kali yang mana mereka sedang membangunkan platform rantaian-blok tersendiri. Terkini, laporan baru hadir daripada WSJ, yang sekali lagi menyentuh hal ini.

Menurut laporan baru ini, ia dikatakan Facebook sedang membangunkan platform pembayaran berasaskan rantaian-blok ini dibawah nama kod “Project Libra”. Melaluinya, ia akan memudahkan pengguna untuk membuat pemindahan wang, mahupun pembelian dengan mudah.

Facebook dikatakan akan menawarkan kemudahan menggunakan platform pembayaran berkenaan bukan sahaja pada platform milik mereka, tetapi juga untuk diintegrasikan pada pelbagai laman web lain – sekaligus dijangka menawarkan sistem pembayaran yang ditawarkan seumpama PayPal pada hari ini.

Disamping itu, ia turut diperkatakan yang mana Facebook mungkin akan menawarkan ganjaran pulangan wang kembali sekiranya membuat pembelian di platform mereka, atau melihat iklan di platform mereka. Hal ini, sekaligus akan membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan wang dan menggunakannya dalam platform berkenaan sendiri.

Buat masa ini, salah satu perkhidmatan yang mengintegrasikan sokongan pembayaran dibawah Facebook adalah WhatsApp. Facebook sendiri telah menyatakan minggu ini yang mana mereka akan memperluaskan penawaran WhatsApp Payment ke negara lain selain India, sekaligus memudahkan pengguna memindahkan wang kepada rakan-rakan lain.

Facebook pada hari ini mempunyai lebih 2 bilion pengguna, dan semestinya sekiranya mereka mengimplementasikan pengenalan dengan baik, platform pembayaran berasaskan rantaian-blok daripada mereka ini bakal menerima permintaan tinggi berbanding platform lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd