Alibaba Hadir Dengan Penawaran Muka-Taip Tersendiri – Alibaba Sans

Alibaba Hadir Dengan Penawaran Muka-Taip Tersendiri – Alibaba Sans

Diterbitkan pada Mei 6, 2019 oleh .

Pelbagai syarikat gergasi internet telah sedia hadir dengan penawaran muka-taip mereka tersendiri. Kini, pihak Alibaba turut tidak ketinggalan, dan telah hadir dengan muka taip mereka tersendiri dinamakan sebagai Alibaba Sans. Seperti biasa, muka taip ini akan digunakan secara meluas dalam organisasi Alibaba, sekaligus memudahkan lagi kewujudan identiti visual mereka.

Selain daripada usaha penjenamaan dan identiti visual pihak Alibaba tersendiri, langkah ini juga akan membantu mereka dalam kos perbelanjaan – kerana tidak lagi perlu membayar kos perlesenan kepada pereka muka-taip yang digunakan sebelum ini.

Selain daripada itu, muka-taip ini turut ditawarkan kepada pengguna umum dan pemilik perusahaan kecil dan sederhana yang lain dalam menggunakannya untuk merekabentuk identiti mereka tersendiri.

Alibaba Sans sebelum ini telah dihasilkan pada Jun 2018 yang lepas, dimana ia hadir dengan sokongan untuk 172 bahasa, dan menyokong dua gaya tulisan melaluinya. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun muka-taip Alibaba Sans ini hari ini melalui laman rasmi mereka.

Muat-turun: Muka-Taip Alibaba Sans


TIPS & ULASAN