Cari @ Amanz

Toyota pada sebelum ini giat menawarkan sokongan Apple CarPlay pada sejumlah model kereta keluaran mereka. Kini, Toyota telah mengumumkan model Prius terbaru bakal diintegrasikan dengan sokongan ini.

Perkara ini disahkan melalui pengenalan Toyota Prius Prime 2020 yang merupakan versi plug-in bagi kereta hibrid ini. Selain daripada penyertaan dalaman yang menarik dan ruang tempat duduk tambahan, mereka akhirnya menyertakan sokongan CarPlay pada model Prius ini.

Apa yang menarik, Toyota mengatakan sokongan ini akan dijadikan sebagai standard bagi kesemua model Prius Prime. Bermakna, anda tidak perlu membuat bayaran tambahan untuk mendapatkan sokongan ini.

Dengan penyertaan Apple CarPlay, ia membolehkan sejumlah info dan aplikasi daripada iPhone anda dibawa ke sistem inforia di dalam kereta. Ia membawa antaramuka yang dioptimasikan untuk pemanduan, sekaligus memudahkan anda melakukan sesuatu tugasan tanpa perlu memegang telefon.

Toyoto Prius Prime 2020 bakal ditawarkan di pasaran antarabangsa bermula pertengahan tahun ini dengan harga permulaan sekitar USD $27,600 (~RM114,153). Dengan penyertaan CarPlay pada Prius Prime, fungsi dijangka akan diperluaskan pada model Prius yang lain pada akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd