Carian
Semua Pemalam Untuk Pelayar Web Firefox Gagal Beroperasi – Mozilla Sedang Dalam Proses Mengatasinya
May 4, 2019 Aman

Sekiranya anda menggunakan pelayar web Firefox, anda mungkin perasan yang mana semua pemalam Firefox Extensions berhenti beroperasi pada pelayar web Firefox sejak beberapa jam yang lepas.

Hal ini adalah disebabkan oleh masalah sijil pengesahan yang telah luput tarikhnya.

Pihak Mozilla telah mengesahkan masalah menjalankan pemalam yang dihadapi pada Firefox ini, dan mengatakan mereka akan menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat, dan berkongsi kemaskini melalui saluran Twitter mereka dari masa ke semasa.

Komen