Menggunakan Komputer Dell? Kemaskini Dell SupportAssist Client Ke Versi Terkini Untuk Mengelak Komputer Anda Diserang Pengodam

Menggunakan Komputer Dell? Kemaskini Dell SupportAssist Client Ke Versi Terkini Untuk Mengelak Komputer Anda Diserang Pengodam

Diterbitkan pada Mei 4, 2019 oleh .

Pada komputer keluaran Dell berasaskan Windows, ia turut hadir dengan salah satu perisian terbina, iaitu Dell SupportAssist. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menyemak kesihatan komputer dan sistemnya, selain memudahkan pihak Dell membantu anda sekiranya terdapat sebarang masalah.

Terkini, ia didapati yang mana Dell SupportAssist Client berkenaan mempunyai kerentanan padanya, sekaligus membolehkan pengodam atau pihak ketiga untuk menyerang komputer anda melalui perisian berkenaan.

Semua komputer Dell yang menggunakan Dell SupportAssist Client versi 3.2.0.90 dan sebelumnya terjejas dengan kerentanan ini, dan anda diminta untuk naik-taraf ke versi terkini.

Bagi pengguna komputer Dell, anda boleh memuat-turun versi terkini Dell SupportAssist Client ini hari ini, sekaligus mengelak komputer anda daripada menjadi sasaran pengodam.


TIPS & ULASAN