Cari @ Amanz

Magisk adalah satu sistem root yang lain daripada yang lain. Sistem Magisk dibangunkan untuk memudahkan ramai pengguna Android mengubahsuai sistem peranti mereka melalui satu aplikasi sahaja. Magisk juga merupakan pengganti kepada SuperSU yang pada satu ketika dahulu adalah sistem root yang popular.

Pembangun Magisk – John Wu kini akan bekerja di Apple selama empat bulan sebagai pelatih. Masih tidak jelas apakah jawatan beliau di Apple. Beliau mempunyai kepakaran menyahkod sistem operasi Android, membangun aplikasi yang boleh mengubah sistem dan juga kepakaran mengubahsuai sistem Android secara nir-sistem (systemless) untuk tidak mengganggu kemaskini melalui OTA.

Jika beliau menjadi pelatih di Apple sebagai sebahagian daripada pembangun iOS? Jika benar, ada kemungkinan besar yang kita mungkin akan lihat kembalinya kemampuan root pada iOS seperti zaman Cydia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd