Cari @ Amanz

Secara tradisi peranti Huawei Mate akan dilancarkan sekitar bulan Oktober. Kita kini sudah di bulan Mei dan maklumat mengernai peranti pesaing kepada Galaxy Note kini mula tertiris ke arena web. Maklumat awal mengatakan ia akan dilengkapi skrin 6.71″ OLED yang dibekalkan oleh pihak BOE lengkap dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

Cip HiSilicon Kirin 985 akan digunakan dengan variasi yang dilengkapi modem Balong 5000 5G. Kamera P30 Pro akan digunakan semula dengan beberapa penambahbaikan. Akhir sekali bateri sebesar 4200 mAh dikekalkan tetapi menyokong pengecasan pantas 55W. Pada waktu ini Mate 20 Pro dan P30 Pro menyokong pengecasan pantas 40W. Pada waktu yang sama pengecasan semuka nirwayar berbalik meningkat ke 10W berbanding hanya 5W sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd