TikTok merupakan salah satu aplikasi yang digunakan meluas untuk berkongsi rakaman video ringkas melaluinya. Terkini, bersempena dengan bulan Ramadan, pihak TikTok menyediakan sejumlah pilihan tema khusus untuk penggunanya.
Pengguna TikTok kini boleh memilih beberapa tema kad ucapan digital untuk Ramadan yang disediakan, sekaligus menambah teks atau grafik mereka tersendiri. TikTok juga turut menyediakan penuras khas ucapan Ramadan pada aplikasi mereka.
Bagi anda yang menggunakan TikTok, boleh mencuba fungsi membuat kad ucapan digital ini, selain penuras khas bersempena Ramadan.
Muat-Turun TikTok untuk iPhone
Muat-Turun TikTok untuk Android