Sistem Operasi Ubuntu Dilihat Berjaya Dipasang Pada Nintendo Switch

Sistem Operasi Ubuntu Dilihat Berjaya Dipasang Pada Nintendo Switch

Diterbitkan pada Mei 5, 2019 oleh .

Sejak daripada perkenalan Nintendo Switch, ramai pembangun telah melakukan kustomasi di dalamnya untuk menjalankan sejumlah perkara menarik. Kita telah lihat ia mampu untuk memainkan permainan Nintendo 64 dan GameCube di dalam sebuah peranti mudah-alih. Kini, sistem permainan ini dilihat telah berjaya menjalankan sistem operasi Ubuntu berasaskan Linux.

Perkara ini dapat dilakukan apabila pengguna memasang L4T Ubuntu iaitu salah satu distro Linux untuk peranti Nvidia Tegra. Ia dilihat berjaya dijalankan dengan baik, melalui sokongan perkakasan yang menyeluruh. Ia membolehkan pengguna mengawalnya melalui kawalan skrin sentuh, hadir dengan sokongan WiFi, dan menyokong fungsi hardware video acceleration.

Namun begitu, ia terdapat sejumlah pepijat seperti ketiadaan fungsi USB OTG dan kebolehan untuk sleep. Sistem operasi ini juga dilihat akan tergendala seketika apabila pengguna cuba untuk menggunakan fungsi skrin sentuh.

Jadi bagi anda yang gemar melakukan perkara kustomasi pada Nintendo Switch, pemasangan Ubuntu ini dapat memanjangkan lagi kebolehan untuk sistem permainan ini. Namun perlu diingatkan, kesemua perkara ini akan menjejaskan waranti dan berkemungkinan dapat merosakkan peranti Nintendo Switch anda.


TIPS & ULASAN