Carian
Kemaskini Terbaru Chromium Akan Menghentikan Fungsi Pemantauan Teks Pada Windows 10 Ketika Menggunakan Mod Incognito
May 5, 2019 Arib Ismail

Sehingga saat ini, Windows 10 akan memantau setiap perkataan yang ditaip bagi menambahbaik fungsi ramalan teks. Namun perkara ini dijangka akan diberhentikan apabila anda menggunakan mod incognito pada kemaskini terkini pelayar web Chromium.

Fungsi ini diperlihatkan pada halaman Chromium Gerrit yang memaklumkan fungsi pemantauan teks Windows 10 akan diberhentikan sebaik sahaja fungsi incognito diaktifkan. Fungsi incognito ini turut meliputi pelayar web Microsoft Edge terbaru yang dibina berasaskan Chromium.

Isu pemantauan teks ini agak membimbangkan sesetengah pengguna kerana sistem operasi masih dapat membaca teks dan URL – walaupun ketika menggunakan fungsi incognito. Namun dengan pengumuman ini, ia sedikit sebanyak meningkatkan privasi pengguna dalam membuat pelayaran web yang bersifat peribadi.

Fungsi ini masih ditawarkan dalam peringkatan percubaan, namun tidak dapat dipastikan bilakah ia akan ditawarkan kepada semua pengguna. Namun seperti sebelum ini, ia dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna sebaik sahaja ia mencapai versi stabil pada akan datang.

Komen