OnePlus 7 Bakal Hadir Dengan Storan Berasaskan UFS 3.0 Untuk Prestasi Lebih Pantas

OnePlus 7 Bakal Hadir Dengan Storan Berasaskan UFS 3.0 Untuk Prestasi Lebih Pantas

Diterbitkan pada Mei 5, 2019 oleh .

OnePlus bakal memperkenalkan telefon pintar dibawah siri OnePlus 7 pada pertengahan bulan ini. Selari dengannya, pihak OnePlus telah mula berkongsi sedikit demi sedikit perkara yang akan hadir pada telefon pintar mereka, dan kini turut berkongsi mengenai penawaran storan pada siri OnePlus 7 kelak.

Menurut Pete Lau, CEO OnePlus, peranti dibawah siri OnePlus 7 akan hadir dengan storan berasaskan UFS 3.0. Sekiranya benar, maka ia akan menjadi antara peranti terawal yang hadir ke pasaran berasaskan storan berkenaan.

Pada hari ini, kebanyakkan peranti masih menawarkan storan berasaskan eMMC, selain sejumlah peranti mercu yang telah menggunakan storan berasaskan UFS. Samsung sebelum ini telah mengumumkan Galaxy Fold akan menggunakan storan berasaskan UFS 3.0 – tetapi pengenalannya telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Dengan penawaran storan berasaskan UFS 3.0, ia akan menawarkan lebih kepantasan dalam menulis dan membaca data pada peranti – sekaligus menawarkan prestasi yang lebih lancar. Ia dapat dilihat ketika pemasangan dan pelancaran permainan, selain penggunaan aplikasi lain seperti penyunting video dan sebagainya.

OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro bakal diperkenalkan pada pertengahan bulan Mei ini, dimana kita mungkin mendengar lanjut mengenai perkara baru yang akan dibawakan padanya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN