Cari @ Amanz

Microsoft pada sebelum ini sedia menawarkan kebolehan untuk memasang Microsoft Office terus daripada Microsoft Store. Namun nampaknya kebolehan ini telah dikeluarkan apabila pengguna menggunakan Microsoft Store versi terkini.

Sebelum ini, pemasangan perisian Microsoft Office dapat dilakukan dengan hanya menekan butang muat-turun pada Microsoft Store. Namun kini, ia hanya memaparkan butang “Shop Office 365” yang akan membawa anda ke halaman URL yang berasingan.

Perkara ini membuatkan pengalaman memuat-turun Microsoft Office sangat melecehkan. Pengguna perlu membuat log masuk dan membeli daripada laman Microsoft Office terlebih dahulu. Selepas proses pembelian berjaya, pengguna perlu menjalankan fail .exe untuk memulakan proses pemasangan.

Perubahan ini mungkin berikutan daripada usaha Microsoft yang ingin menggalakkan pengguna untuk menggunakan Microsoft Office versi desktop. Versi Microsoft Office ini dilihat lebih menawarkan kemaskini lebih terkini, selain memudahkan proses pemasangan melalui satu fail perisian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd