Carian
Projek PoemPortraits Ingin Menjadikan Gambar Swafoto Anda Dipenuhi Dengan Kata-Kata Puisi
May 8, 2019 Liyana

Bermula Mei ini, Google Arts & Culture telah berkerjasama dengan Es Devlin bagi penghasilan projek puisi yang dinamakan sebagai PoemPortraits. Apa yang menarik, projek uji kaji ini menggabungkan teknologi kecerdasan buatan dan kreativiti manusia. Ia meliputi pembelajaran mesin, proses mengenal pasti rekabentuk, dan material berasaskan puisi.

PoemPortraits ini berfungsi apabila anda menyumbang satu perkataan sebagai kata kunci kepada puisi. Malah, anda juga dikehendaki mengambil swafoto wajah anda bagi membolehkan fungsi ini mengesan titik rupa anda untuk penghasilan puisi secara. Seterusnya, ia akan memaparkan koleksi puisi pada visual wajah anda serta-merta. Ini adalah antara teknik kreatif yang digunakan pada konteks projek.

Menurut Google, kecerdasan buatan ini telah dilatih dengan menggunakan hampir 25 juta perkataan daripada karya puisi abad ke-19. Algoritma ini menggunakan subjek seperti teks ramalan untuk membuat puisi yang mempunyai gaya yang sama dengan apa yang telah dipraktiskan.

Selain itu, turut difahamkan penamaan ‘potret’ ini adalah berasaskan bagaimana teknologi kecerdasan buatan tersebut dapat menggabungkan garis puisi dengan swafoto pengguna. Puisi yang dihasilkan akan lampirkan pada atas permukaan potret anda. Teknik tersebut dilihat bertindak sebagai lapisan terdapat pada aplikasi kamera.

Oleh itu, bagi anda yang ingin merasai sendiri pengalaman perolehan puisi pada wajah anda, anda boleh layari PoemPotraits melalui pautan di bawah.

Komen