Celcom Dan Digi Berhasrat Bergabung Menjadi Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Celcom Dan Digi Berhasrat Bergabung Menjadi Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Diterbitkan pada Mei 6, 2019 oleh .

Axiata dan Telenor hari ini telah mengumumkan hasrat yang mana mereka akan menyatukan operasi kedua-dua syarikat berkenaan di rantau Asia, sekaligus membolehkan syarikat baru berkenaan kelak menjadi antara syarikat gergasi di rantau Asia Tenggara.

Pada pengumuman berkenaan juga, pihak Axiata mengumumkan perancangan yang mana Celcom Axiata Berhad dan juga Digi.com Berhad akan digabungkan, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi mudah-alih terbesar di Malaysia.

Buat masa ini, pengumuman hasrat penyatuan ini masih pada peringkat cadangan awal. Seperti biasa, ia masih tertakluk kepada persetujuan Axiata dan Telenor, pengesahan daripada pihak berkuasa, selain penerimaan daripada kedua-dua pihak sebelum ia dijayakan.


TIPS & ULASAN