Fail Pemasangan “Windows 10 on ARM” Kini Ditawarkan Untuk Lumia 950 XL

Fail Pemasangan “Windows 10 on ARM” Kini Ditawarkan Untuk Lumia 950 XL

Diterbitkan pada Mei 6, 2019 oleh .

Lumia 950 XL merupakan peranti berkuasa daripada tahun 2015 yang menjalankan sistem operasi Windows 10 Mobile. Namun sistem operasi mudah-alih ini tidak lagi dibangunkan secara aktif di atas kekurangan pengguna. Jadi sebagai alternatif, seorang pembangun telah membina sebuah projek Windows 10 on ARM untuk Lumia 950 XL.

Sistem operasi ini sebenarnya telah ditawarkan untuk Lumia 950 XL sejak tahun lalu, namun ia hanya diuji secara dalaman sahaja. Pada hari ini, fail pemasangannya telah sedia dimuat-turun untuk dipasang pada peranti pengguna.

Dengan pemasangan Windows 10 on ARM, pengguna dapat menikmati pengalaman Windows 10 penuh seperti di desktop. Pengguna juga dapat menerima sokongan aplikasi yang lebih terkini, selain mampu untuk memasang dan menjalankan fail .exe menerusi proses emulation.

Fail pemasangan ini hanya ditawarkan untuk Lumia 950 XL buat masa ini dan dijangka akan diperluaskan kepada peranti Lumia 950. Namun perlu diingatkan, kesilapan pemasangan ini akan menyebabkan peranti rosak, selain tidak membolehkan peranti kembali ke sistem operasi Windows 10 Mobile.


TIPS & ULASAN