HONOR 20 Dengan 4 Kamera Dijangka Menduduki Antara Tangga Teratas Pada Penanda Aras DxOMark

HONOR 20 Dengan 4 Kamera Dijangka Menduduki Antara Tangga Teratas Pada Penanda Aras DxOMark

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

HONOR bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka di bawah siri keluarga HONOR 20 pada penghujung Mei ini. Siri telefon pintar ini dijangka bakal diperkenalkan di sebuah acara di London pada 21 Mei 2019. Sewaktu pelancaran akan datang, HONOR akan menampilkan telefon pintar dari siri keluarga tersebut, iaitu HONOR 20 dan HONOR 20 Pro.

Telefon pintar ini membawakan spesifikasi yang cukup baik seperti peranti-peranti mercu yang lain terutamanya pada bahagian keupayaan kamera peranti. Ia membawakan rekaan kuad-lensa kamera untuk kamera belakang peranti bersama-sama dengan binaan kaca dengan corak cerun pada kerangka. Siri peranti ini dijangka hadir dengan posisi kamera seakan sama seperti siri Huawei P30 Pro.

Seperti siri telefon pintar sebelum ini, HONOR memfokuskan kepada rakaman gambar yang cantik dan menakjubkan. Dengan kehadiran empat sensor kamera belakang, ia mampu menghasilkan hasil gambar yang mengagumkan pada pencahayaan cerah atau ketika waktu malam. Sensor pada baris atas peranti adalah sensor telefoto yang menggunakan sistem periskop yang dijangka akan menawarkan kemampuan zum optikal lebih kurang sama seperti yang dilihat pada Huawei P30.

HONOR 20 Pro

Untuk lensa kedua kamera, siri HONOR 20 membawakan lensa ultra sudut lebar. Manakala, lensa ketiga peranti pula mungkin menggunakan lensa 3D ToF (Time of Flight) yang turut disertakan pada peranti siri Huawei P30. Melengkapkan peranti ini juga adalah sensor utama Sony IMX600 40-megapixel dengan sokongan kecerdasan buatan pada kamera yang memberikan hasil gambar yang memuaskan.

Untuk rakaman swafoto, ia dijangka bakal membawakan kamera hadapan 32-megapixel. HONOR tidak meletakkan penggunaan dan penjenamaan Leica pada kamera yang digunakan seperti model telefon pintar Huawei yang lain.

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini turut dijangka tersenarai di antara kedudukan tertinggi untuk markah DxOMark. Dengan ini, ia dapat dilihat siri peranti HONOR 20 membawakan spesifikasi premium dengan prestasi yang menakjubkan. Telefon pintar ini menampilkan rekaan skrin berlubang pada bucu peranti dan saiz skrin 6.5 inci AMOLED pada resolusi HD+ selain turut dijana cip pemprosesan Kirin 980 bersama-sama dengan memori sebesar 8GB RAM. Untuk kapasiti bateri, peranti ini menyertakan sokongan bateri yang agak baik dengan saiz bateri sebesar 4.000mAh.


Selain prestasi kamera peranti yang baik, Siri HONOR 20 turut hadir dengan rekaan kerangka yang minimal dan moden. Corak cerun yang ditampilkan pada kerangka belakang peranti memberikan kesan premium sekaligus menjadikannya setanding dengan telefon pintar mercu yang lain.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki siri HONOR 20, nantikan pelancaran global peranti pada 21 Mei ini di sebuah acara di London. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi HONOR atau laman rasmi Facebook dan Youtube HONOR.

Layari: Laman Rasmi HONOR

Ini adalah advertorial daripada Honor Malaysia.


TIPS & ULASAN