Peranti Redmi Note 7 Berjaya Diterbangkan Ke Angkasa Dan Kembali Tanpa Sebarang Kerosakan

Peranti Redmi Note 7 Berjaya Diterbangkan Ke Angkasa Dan Kembali Tanpa Sebarang Kerosakan

Diterbitkan pada Mei 6, 2019 oleh .

Peranti Redmi Note 7 sering diuji secara lasak untuk menguji ketahanan dari segi binaannya. Sebelum ini, peranti ini telah dijadikan sebagai alat untuk tempat memotong buah dan berjaya melepasi ujian tersebut. Namun pihak Redmi ingin mengujinya dengan lebih ekstrem – dengan menghantar sebuah peranti Redmi Note 7 ke angkasa lepas.

Peranti ini diterbangkan pada altitud melebihi 31,000m untuk melihat ketahanan dari segi tekanan dan suhu peranti. Peranti ini kemudiannya juga ditugaskan untuk mengambil beberapa kepingan gambar bumi untuk menilai kualiti penggambaran daripada peranti ini. Sebuah GoPro turut ditempatkan bersama peranti ini untuk merakam detik-detik peranti ini diterbangkan ke angkasa sehingga ia diturunkan semula.

Apabila ia mencapai altitud setinggi 35,375m dengan tekanan 1 KPa, belon yang dipasang akan meletup untuk menghantar kembali peranti ini ke bumi. Walaupun peranti ini mendarat dalam keadaan terbalik, binaannya masih kelihatan baik tanpa sebarang kesan calar.

Dengan penerbangan peranti ini ke angkasa, ia sedikit sebanyak menunjukkan kebolehan ketahanan pada peranti ini. Ia berjaya hidup pada suhu -58° celcius (dengan 4° celcius), selain melepasi altitud setinggi 35,375m dan tekanan 1 KPa. Apa yang menghebatkannya lagi, ia berjaya tiba ke bumi tanpa kerosakan yang serius.

Baca: Ulasan Redmi Note 7


TIPS & ULASAN