Pada hari ini, kita telah sedia melihat pelbagai restoran mula menggunakan panel layan diri yang memudahkan proses tempahan makanan dan juga pembayaran melaluinya. Terkini, KFC turut telah mengguna-pakai panel berkenaan, dan menariknya, ia juga turut menerima sejumlah mod pembayaran menggunakan dompet digital popular tempatan.
Melalui panel layan diri KFC yang telah diguna-pakai dibeberapa cawangan mereka sekitar Lembah Klang, ia turut menerima pembayaran melalui Kash Wallet, Maybank QR Pay, Alipay, WeChat Pay, Boost dan juga TNG Wallet. Selain dompet digital, pengguna juga turut boleh membayar menggunakan kad kredit atau debit seperti kebiasaan.
Langkah integrasi pelbagai dompet digital ini sekaligus memudahkan lagi pengguna tempatan – dan tidak memerlukan pengguna terikat kepada sesuatu dompet digital semata-mata untuk membuat pembelian menggunakan panel layan diri berkenaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah panel layan diri ini akan diimplementasikan oleh KFC Malaysia secara meluas.
Terima kasih Nextrift untuk gambar.