Oppo Reno 10x Zoom Edition Kini Dilihat Dikemaskini Dengan Sokongan Zum Digital Sehingga 60x

Oppo Reno 10x Zoom Edition Kini Dilihat Dikemaskini Dengan Sokongan Zum Digital Sehingga 60x

Diterbitkan pada Mei 6, 2019 oleh .

Oppo telah sedia mengatakan mereka bakal membawa masuk Oppo Reno untuk pasaran Malaysia. Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi, tetapi kini pengeluar peranti berkenaan dilihat telah mengemaskini penawaran perisian pada telefon pintar berkenaan dengan sokongan zum digital sehingga 60x.

Oppo dilihat menambah jarak zum digital ini dalam usaha untuk menyaingi penawaran Huawei. Pada hari ini, Huawei sedia memegang takhta kebolehan zum digital sehingga 50x, dan Oppo dilihat ingin mencabar penawaran zum pada peranti mudah-alih dengan penggunaan zum digital sehingga 60x.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi versi Oppo Reno 10x Zoom Edition ini akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut pihak Oppo berkaitan peranti ini untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN