YouTube merupakan salah satu platform dibawah Google yang sangat berjaya. Ia menawarkan kemudahan untuk sesiapa sahaja menerbitkan video, selain turut menjadi tempat yang dituju ramai sekiranya ingin menonton kandungan video.
Bercakap mengenainya, kini YouTube mengumumkan yang mana platform mereka kini mempunyai lebih 2 bilion pengguna aktif setiap bulan.
Ia turut diperkatakan yang mana YouTube untuk TV digunakan untuk menonton kandungan lebih 250 jam setiap hari, sekaligus memperlihatkan yang mana YouTube mula mengubah bagaimana pengguna menonton kandungan di kaca televisyen – bukan sahaja pada telefon pintar atau komputer.
Walaupun platform televisyen memperlihatkan peningkatan, YouTube turut mengatakan 70% tontonan berlaku pada skrin peranti mudah-alih.
Di Malaysia sendiri, platform YouTube turut digunakan ramai dalam mendapatkan kandungan harian, selain turut digunakan untuk mengikuti berita harian dan sebagainya. Selain daripada itu, YouTube juga turut digunakan ramai untuk menikmati muzik – yang mana secara tidak langsung mencabar platform penstriman muzik lain dipasaran.
Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna aktif YouTube? Berapa lama anda habiskan masa untuk menonton kandungan video YouTube setiap hari?