Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah mengadakan acara BUILD, dimana mereka berkongsi sejumlah perkara baru yang akan dibawakan oleh Microsoft tidak lama lagi. Salah satunya adalah perisian Windows Terminal baru.

Windows Terminal dijangka ditawarkan sekitar Jun 2019 ini, dimana ia akan menawarkan sejumlah perkara baru bersama-sama dengannya. Antaranya adalah termasuk sokongan tema berwarna, kemudahan untuk menyertakan emoji, sokongan tab dan sebagainya.

Windows Terminal

Microsoft mengatakan aplikasi Windows Terminal ini turut akan mengambil kelebihan penggunaan GPU Accelerated Text Rendering bersama dengannya. Pengenalan ini sekaligus semestinya diminati ramai pembangun, sekaligus memudahkan lagi proses pembangunan masing-masing berbanding hari ini.

Windows Terminal dalam bentuk pembangunan boleh diuji bermula hari ini, sebelum versi stabilnya dilancarkan sekitar Jun 2019 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd