Gambar OnePlus 7 Tertiris – Seakan OnePlus 6T Dengan Rekaan Bingkai Lebih Nipis

Gambar OnePlus 7 Tertiris – Seakan OnePlus 6T Dengan Rekaan Bingkai Lebih Nipis

Diterbitkan pada Mei 7, 2019 oleh .

Minggu lepas, gambar penuh OnePlus 7 Pro telah tertiris. Ia hadir dengan rekaan nirbingkai yang seksi, tri-kamera belakang dan juga sistem kamera swafoto pop-naik. Hari ini, gambar OnePlus 7 pula telah tertiris. Mengejutkan, ia kelihatan sangat mirip dengan OnePlus 6T.

Walaupun rekaan OnePlus 7 ini hampir sama dengan OnePlus 6T, ia mempunyai rekaan skrin yang lebih cantik. Ini adalah kerana, bingkai skrinnya lebih nipis. Kemudian, takuk kecil di hadapan juga jika dilihat sekali imbas – ia adalah OnePlus 6T dan bukannya OnePlus 7. Di belakang juga sangat sama dengan susunan dwi-kamera yang hampir sama.

Namun, walaupun rekaan yang hampir sama dengan peranti tahun lepas. Dalaman OnePlus 7 adalah lebih berkuasa. Ia dijana Snapdragon 855 dan dikatakan mempunyai memori 128/6 GB. OnePlus 7 juga merupakan peranti mercu yang lebih murah berbanding OnePlus 7 Pro.

Sekurang-kurangnya pengguna yang kurang mampu membeli OnePlus 7 Pro – masih boleh memiliki peranti OnePlus terkini melalui kewujudan OnePlus 7.


TIPS & ULASAN