Android Auto Kini Hadir Dengan Tema Berwarna Gelap Dan Penambahbaikan Dari Segi Antaramuka

Android Auto Kini Hadir Dengan Tema Berwarna Gelap Dan Penambahbaikan Dari Segi Antaramuka

Diterbitkan pada Mei 7, 2019 oleh .

Google pada saat ini masih dalam persediaan untuk acara Google I/O 2019. Sementara menunggu acara ini bakal berlangsung, mereka telah mengumumkan versi baru Android Auto dengan sejumlah pembaharuan dan penambahbaikan dari antaramuka.

Antara pembaharuan yang dibawa adalah sokongan tema berwarna gelap, yang kini lebih selari dengan papan muka kereta. Antaramuka ini turut digarap dengan warna ikon dan butang yang lebih ceria, selain menampilkan tulisan yang lebih mudah untuk dibaca.

Selain daripada sokongan tema gelap, ia juga kini membawakan bar navigasi baru bagi memudahkan anda mengawal sejumlah fungsi pada Android Auto. Ia kini hadir dengan butang ke paparan utama, butang notifikasi, dan butang Google Assistant untuk akses yang lebih pantas.

Namun begitu, Google tidak memberikan sebarang tarikh bilakah kemaskini ini akan hadir kepada pengguna. Namun ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna bermula suku ketiga tahun ini.



TIPS & ULASAN