Twitter telah sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna berkongsi gambar, video dan juga animasi GIF sejak sekian lama. Hari ini, mereka membawakan sedikit perubahan, dan turut menawarkan sokongan menyertakan gambar, video mahupun GIF pada Tweet-Tweet yang dipetik seseorang pengguna.
Ini sekaligus membawa kepada kaedah interaksi yang lebih menarik dan memberikan lebih konteks pada Tweet yang dipetik berbanding hanya penggunaan teks semata-mata.
Bagi anda yang aktif menggunakan Twitter, boleh menguji ciri baru ini pada perkhidmatan sosial berkenaan hari ini.
Exciting news: Today we are launching the ability to Retweet with GIF, photos, and video!
We find solutions to many challenges as we build for a global, vocal audience. Here is a glimpse into our process as we worked on this feature. https://t.co/PUMr9DRQ0K
— Twitter Engineering (@TwitterEng) May 6, 2019