Cari @ Amanz

Grab merupakan aplikasi seru-pandu yang popular dan digunakan secara meluas oleh ramai pengguna seluruh negara. Terkini, mereka tampil dengan tawaran menarik iaitu #PekSenangRaya, untuk persediaan bersempena musim perayaan kelak.

Melalui #PekSenangRaya ini, Grab menyediakan pelbagai diskaun pada produk dalam dan luar-talian. Malah, Grab juga menyediakan rebat serta ganjaran bagi membolehkan pengguna menikmati sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan penjimatan sehingga RM600.

Untuk mendapatkan #PekSenangRaya, pengguna perlu membelinya pada aplikasi Grab dengan harga RM2 bermula 7 Mei 2019 sehingga 17 Jun 2019.

Melalui langganan ini anda akan dapat menikmati pelbagai tawaran menarik seperti 20% diskaun pada restoran atau membuat sebarang pesanan pada GrabFood di Domino, Mcdonald dan Baskin Robbins. Anda juga berpeluang menikmati rebat sehingga 20% dengan membeli belah di FashionValet, Lazada serta PopLook. Melalui pek ini, Grab turut berkolaborasi bersama The Coffee & Tea Leaf, Nene Chicken, Boat Noodle, Dave Deli dan lain-lain jenama.

Selain itu, Grab turut menyediakan widget baru bertemakan Ramadan pada aplikasi mereka, dengan menyediakan waktu solat dan lokasi masjid bagi membantu pengguna mengetahui waktu ibadat sepanjang bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd