Cari @ Amanz

Microsoft telah memperlihatkan permainan Minecraft baru untuk platform telefon pintar pada acara BUILD 2019. Apa yang menarik, permainan ini bakal membawakan teknologi realiti terimbuh untuk kawalan yang lebih menarik.

Melalui video yang dikongsikan oleh Microsoft, ia memperlihatkan salah seorang pemain melihat watak Minecraft yang boleh ditempatkan pada dunia sebenar. Ia kelihatan seumpama permainan Pokemon Go yang juga boleh menempatkan sejumlah watak permainan di dunia nyata.

Namun, ia masih tidak diketahui sama ada ia ditawarkan sebagai mod tambahan kepada Minecraft sedia ada atau dijadikan sebuah permainan baru. Namun bagi peminat Minecraft, perkara ini semestinya memberi keseronokan kerana anda boleh berinteraksi dengan watak Minecraft seumpama di dunia sebenar.

Walaupun Microsoft memperlihatkan permainan ini, mereka tidak memberi sebarang komen bilakah ia akan ditawarkan kepada pengguna. Namun maklumat lanjut mengenainya bakal diketahui pada 17 Mei ini iaitu tarikh ulang tahun yang ke-10 bagi permainan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd