Apple Dijangka Menambah Sokongan Papan Kekunci Maya Boleh-Leret Pada iOS Akan Datang

Apple Dijangka Menambah Sokongan Papan Kekunci Maya Boleh-Leret Pada iOS Akan Datang

Diterbitkan pada Mei 7, 2019 oleh .

Apple bakal mengadakan acara WWDC ditujukan untuk pembangun pada bulan Jun kelak, dan sedikit demi sedikit ciri baru yang dijangka akan dibawakan mula dihadir ke arena web. Terbaru, selain berkenaan Apple Watch, pihak Bloomberg turut berkongsi menyasarkan iOS terbaru kelak akan menyertakan sokongan papan kekunci maya boleh-leret.

Dengan sokongan ini, ia sekaligus memudahkan lagi proses input oleh para pengguna, dimana tidak lagi perlu menaip satu demi satu, selain memudahkan pengguna untuk menaip dengan pantas berbanding kebiasaan.

Pengenalan ini juga memudahkan ia digunakan terus tanpa perlu bergantung kepada aplikasi pihak ketiga seperti pada hari ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut untuk mengetahui apakah kejutan lain yang disediakan oleh Apple melalui iOS 13 kelak.


TIPS & ULASAN