Google Dilaporkan Akan Memperkenalkan Sokongan Menghalang Kuki Penjejak Pada Chrome

Google Dilaporkan Akan Memperkenalkan Sokongan Menghalang Kuki Penjejak Pada Chrome

Diterbitkan pada Mei 7, 2019 oleh .

Pelayar web Chrome sedia mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri menarik yang diminati ramai. Terbaru, ia dilaporkan yang mana Google akan memperkenalkan sokongan sebuah halaman khusus yang membolehkan pengguna mengawal pelbagai kuki penjejak pada Chrome.

Dengan langkah ini, ia akan memberikan lebih kawalan privasi untuk pelayaran pengguna – sekaligus mengelak pelbagai aktiviti mereka dipantau pihak lain.

Namun, ia turut dilaporkan yang mana Google tidak akan menyertakan sokongan menghalang kuki penjejak mereka tersendiri – sekaligus dijangka memberikan Google kelebihan berbanding pihak pengiklan lain.

Ia tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkannya. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai hal ini pada acara Google I/O bermula esok.


TIPS & ULASAN