Cari @ Amanz

Ubuntu baru sahaja memperkenalkan Ubuntu 19.04 pada bulan lalu dan kini nama kod Ubuntu 19.10 telah hadir sewaktu pembangunannya. Ia bakal dikenali dengan “Eoan Ermine” yang mana merupakan gabungan perkataan daripada dua maksud berbeza.

Eoan merupakan perkataan adjektif Inggeris yang memberi maksud “of, or relating to, the dawn”. Bagi perkataan Ermine, ia diambil daripada salah satu spesis haiwan mamalia daripada keluarga tupai.

Sistem operasi ini dijangka akan menyertakan desktop GNOME 3.34 bersama perisian dan teknologi Linux yang terkini. Ia mungkin akan menggunakan kernel Linux 5.3 dan menambahbaik sistem pengagihan perpakej, Snap, untuk memudahkan pemasangan perisian.

Ubuntu 19.10 (Eoan Ermine) dijangka akan diperkenalkan dalam bentuk beta pada 26 September ini, sementara versi akhirnya akan diperkenalkan pada 17 Oktober 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd