Cari @ Amanz

Pada acara Build 2019, Microsoft telah mengumumkan bahawa Microsoft Edge berasaskan Chromium akan hadir ke macOS. Walau bagaimanapun, Microsoft tidak memberikan sebarang tarikh untuk membolehkan pengguna mengujinya. Namun pautan fail pemasangannya telah tertiris ke web, sekaligus membolehkan pengguna memasangan pelayar web ini pada Mac.

Pautan ini dijumpai oleh WalkingCat di Twitter yang sentiasa terkenal dengan perkongsian terkini yang berkaitan dengan Microsoft. Apa yang menarik, pautan ini adalah daripada pelayan Microsoft sendiri, sekaligus membuatkan fail ini selamat digunakan.

Pautan ini membolehkan pengguna memasang Microsoft Edge Canary versi 76.0151.0, iaitu sebuah versi yang diuji secara tertutup. Bermakna, pelayar web ini mungkin terdapat pepijat dan ketiadaan sejumlah fungsi berbanding versi akhir kelak.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh memasangnya untuk melihat sendiri bagaimana pelayar web ini beroperasi pada Mac. Ia menawarkan pelayar web Chromium yang lebih ringan dengan penyertaan sejumlah teknologi dan perkhidmatan Microsoft di dalamnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd