Cip Snapdragon 865 Dijangka Akan Hadir Dengan Dua Variasi Berbeza

Cip Snapdragon 865 Dijangka Akan Hadir Dengan Dua Variasi Berbeza

Diterbitkan pada Mei 7, 2019 oleh .

Qualcomm dikatakan sedang membangunkan sebuah cip berkuasa untuk menggantikan Snapdragon 855. Berbeza dengan sebelum ini, cip ini dijangka akan hadir dengan dua variasi berbeza berbanding satu sahaja.

Variasi cip ini merangkumi cip dengan modem 5G secara terbina dan satu lagi variasi dengan kebolehan untuk memasang modem 5G secara berasingan. Ia membawa nama kod “SM8250” yang dipercayai akan membawa Snapdragon 865 apabila ia diperkenalkan kelak.

Dengan penyertaan modem 5G secara terbina di dalam cip ini, ia boleh menjimatkan ruang dalaman peranti untuk perletakkan komponen lain. Sementara cip tanpa modem 5G, pengeluar boleh menawarkannnya pada harga peranti yang lebih rendah melalui keupayaan 4G.

Cip ini dijangka akan mula diperlihatkan secara umum pada sekitar suku ke-empat tahun ini. Ia bakal digunakan pada peranti mercu pada akan datang – yang dijangka akan diperkenalkan pada sekitar Februari 2020.


TIPS & ULASAN