Gambar Sebenar Realme X Diperlihatkan – Rekaan Yang Sungguh Menawan

Gambar Sebenar Realme X Diperlihatkan – Rekaan Yang Sungguh Menawan

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

Realme X bakal dilancarkan 15 Mei iniRealme X bakal dilancarkan 15 Mei ini. Realme dikatakan akan melancarkan dua variasi, satu peranti mercu yang dikatakan dijana Snapdragon 855 dan dan satu lagi edisi ‘Lite‘ atau ‘Youth‘ yang dijana Snapdragon 730. Disebabkan peranti ini dibawah jenama Realme (sub-jenama Oppo), harganya mungkin akan bersaing dengan peranti mercu lain.

Terkini Ketua Pegawai Pemasaran Realme – Xu Qi Chase telah kongsikan gambar sebenar Realme X. Berdasarkan imej tersebut ia jelas akan menggunakan sistem kamera swafoto pop-naik, rekaan hampir nirbingkai penuh dan juga berkemungkinan besar panel skrin AMOLED. Ini kerana paparannya sungguh menyerlah dan kelihatan cantik.

Jika peranti ini dilancarkan dan dan harg jauh lebih murah, adalah kita akan lihat pengakhiran buat Pocophone F1? Pengeluar dari China nampaknya bersungguh-sungguh menghasilkan peranti mercu mampu milik, selepas kejayaan Poco F1 ini. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN