Ujian Muat Turun ZTE Axon 10 Pro 5G Diperlihatkan – 1.6GB Dalam Masa 20 Saat

Ujian Muat Turun ZTE Axon 10 Pro 5G Diperlihatkan – 1.6GB Dalam Masa 20 Saat

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

ZTE Axon 10 Pro 5G adalah peranti mercu ZTE tahun ini. Kehangatan peranti ini tidak sehebat peranti lain, mungkin kerana jenamanya yang kurang popular dan ia sukar untuk dibeli. Namun, ia tidak menghalang pihak ZTE untuk terus memberi kejutan kepada umum.

ZTE Axon 10 dikatakan adalah peranti mercu dengan ‘dagu’ paling nipis dunia. Kini, mereka telah hadir dengan video ujian muat turun untuk menguji kepantasan muat turun peranti tersebut. Ujian ini menggunakan variasi 5G dan memuat turun permua bersaiz 1.6GB hanya mengambil masa sekitar 20 saat. Bukan itu sahaja, tahap kelajuan muat turun ini adalah sekitar 100Mbps dan 117Mbps.

Kepantasan ini adalah menakjubkan. Namun ia masih tertakluk kepada pelan telko yang digunakan. Di China 5G sudah semakin berleluasa dan banyaj syarikat telekomunikasi telah mula tawarkan kepada pengguna.


TIPS & ULASAN