Angka Peranti Aktif Android Di Seluruh Dunia Melangkaui Angka 2.5 Bilion

Angka Peranti Aktif Android Di Seluruh Dunia Melangkaui Angka 2.5 Bilion

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

Sekitar 2017 yang lepas, Google pernah berkongsi mengatakan yang mana Android mempunyai sekitar 2 bilion peranti aktif di dunia. Terkini, hari ini Google menawarkan kemaskini untuk angka berkenaan, dan ia telah pun mencapai angka 2.5 bilion peranti aktif di seluruh dunia.

Android 2.5 Bilion

Angka ini sekaligus memperlihatkan penggunaan peranti Android di dunia tidak berhenti begitu sahaja, dan ia telah mencapai 2.5 bilion peranti ini dalam masa hanya 10 tahun. Angka peranti ini adalah berasaskan peranti aktif pada bulan terakhir – yang mana lebih jitu berbanding melihat kepada angka peranti yang telah diaktifkan sehingga ke hari ini.

Dengan perkembangan arena 5G yang bakal menyusul, mungkin kita akan dapat melihat penggunaan peranti berasaskan Android ini terus meningkat dengan aktif dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN