Google hari ini telah mengumumkan Android Q versi beta yang terbaru, dimana bersama-sama pelbagai ciri-ciri baru yang boleh diuji pengguna, ia juga turut membawa sokongan untuk dipasang di sekitar 15 peranti baru yang bukannya keluaran Google.
15 peranti baru berkenaan adalah termasuk Asus Zenfone 5z, Essentiol PH-1, Nokia 8.1, Huawei Mate 20 Pro, LG G8 ThinQ, OnePlus 6T, Oppo Reno, Realme 3 Pro, Xperia XZ3, Vivo X27, Vivo Nex S, Vivo Nex A, Xiaomi Mi Mix 3 5G, Xiaomi Mi 9 dan juga Tecno Spark 3 Pro.
Bagi anda yang berminat boleh memuat-turun fail pemasangan beta dan mencubanya pada peranti-peranti berkenaan. Apa pun, anda dinasihatkan untuk tidak memasangnya pada peranti utama anda kerana sistem operasi berkenaan masih tidak stabil sepenuhnya dan masih terdapat sejumlah pepijat yang belum dikenal-pasti buat masa ini.