Chrome Akan Membolehkan Anda Menghalang Kuki Penjejak Antara Laman

Chrome Akan Membolehkan Anda Menghalang Kuki Penjejak Antara Laman

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

Lanjutan daripada desas-desus semalam, hari ini pada acara Google I/O 2019, pihak Google secara rasminya berkongsi perancangan yang akan membolehkan pengguna untuk menghalang kuki penjejak antara laman pada Chrome.

Melalui ciri baru ini, pengguna akan disediakan dengan sebuah halaman khusus untuk kawalan kuki penjejak. Pengguna boleh menghalang sesuatu kuki berkenaan daripada memantau aktiviti pelayaran anda – tanpa memberikan kesan terhadap kuki yang digunakan untuk log masuk laman dan sebagainya.

Google mengatakan piawaian baru ini sedang diuji pada Chrome versi pembangunan, dan dijangka ditawarkan meluas kelak pada tahun ini.

Pengumuman ini hadir selari dengan penekanan terhadap privasi yang diberikan oleh semua pihak akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN