Cari @ Amanz

Google pada hari ini sedia menawarkan pengoptimasian khusus untuk sistem operasi Android dalam usaha menjadikan ia mesra peranti dengan skrin boleh-lipat. Selain hanya pengoptimasian sistem operasi Android, Google juga kini mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan prototaip telefon dengan skrin boleh-lipat.

Dibangunkan dibawah keluarga Pixel, namun Google mengatakan mereka tidak tergesa-gesa dalam pembangunan atau ingin memperkenalkannya kerana teknologi skrin boleh-lipat masih baru lagi.

Buat masa ini, terdapat beberapa pengeluar telah memperlihatkan peranti boleh-lipat mereka, termasuk Samsung dan Huawei. Samsung telah hadir dengan Galaxy Fold, tetapi buat masa ini menangguhkan penjualannya — sementara Huawei masih tidak memberikan tarikh penjualan peranti mereka buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd