Carian
Oppo Reno Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Mei Ini
May 8, 2019 Aman

Oppo Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana Oppo Reno bakal hadir ke pasaran tempatan pada 16 Mei 2019 ini. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada model “10x Zoom Edition” akan turut dilancarkan bersama atau sebaliknya.

Oppo Reno menekankan kepada penawaran spesifikasi tinggi padanya, selain sokongan kamera 48MP + 5MP, termasuk sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Oppo Reno edisi biasa hadir dengan skrin 6.4-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 710, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, selain bateri 3765mAh. Ia turut menyertakan sokongan mekanisma kamera hadapan 16-megapixel yang disorokkan melalui mekanisma melungsur.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 Mei ini untuk mengetahui lanjut mengenai harga jualan dan tarikh penawarannya di Malaysia.

Komen