Tinjauan E-Dagang Di Malaysia Memperlihatkan Persaingan Sengit Antara Lazada Dan Shopee

Tinjauan E-Dagang Di Malaysia Memperlihatkan Persaingan Sengit Antara Lazada Dan Shopee

Diterbitkan pada Mei 11, 2019 oleh .

Baru-baru ini, App Annie bersama iPrice telah berkongsi mengenai penemuan mereka berhubung dengan tinjauan Laman dan Aplikasi Membeli-belah E-dagang Terbesar di Asia Tenggara Pada Suku Pertama 2019. Tinjauan ini telah dijalankan pada enam buah negara iaitu Malaysia, Vietnam, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Tujuan utama tinjauan ini adalah untuk melihat kepentingan peranan aplikasi membeli-belah pada pembangunan e-dagang di Asia Tenggara.

Menerusi tinjauan ini, ia memperlihatkan persaingan sengit antara Lazada dan Shopee dalam kedudukan pada pasaran e-dagang Malaysia. Terdapat 3 bahagian pada tinjauan yang dilakukan iaitu purata pengguna aktif bulanan, aplikasi yang paling tinggi dilawati dan kedudukan aplikasi pada pengguna Google Play & App Store.

Bagi purata pengguna aktif secara bulanan di Malaysia menunjukkan Lazada mendahului Shopee dengan memiliki seramai 21,387,611 juta pengguna aktif. Manakala, Shopee pula memiliki pengguna aktif seramai 19,950,740 juta. Lazada turut memonopoli kedudukan teratas di negara Filipina, Thailand dan Singapura.

Seterusnya, tinjauan pada bahagian aplikasi yang paling banyak dilawati pula memperlihatkan Shopee mendahului dengan purata lawatan sebanyak 184.4 juta. Angka ini diikuti Lazada dengan lawatan sebanyak 179.7 juta dan Tokopedia pula menduduki tempat ketiga dengan purata 140 juta lawatan. Bagi kategori kedudukan teratas e-dagang pada halaman Google Play dan App Store Malaysia pula menunjukkan Shopee menduduki tangga teratas, diikuti Lazada, Zalora, Sephora, Go Shop, dan CJ Wow Shop.

Melalui tinjauan ini secara jelas menunjukkan pembangunan e-dagang Malaysia berada ditahap yang baik namun masih perlu dipertingkatkan lagi. Hal ini kerana, secara jelas Indonesia dan Thailand masih mendahului dalam peningkatan penggunaan e-dagang aplikasi membelah-belah di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah layari pautan dibawa bagi mendapatkan data terkini berkenaan e-dagang pada aplikasi membeli-belah di Malaysia.

Layari: iPrice – Insight Map of E-Commerce Malaysia


TIPS & ULASAN