Dyson Pure Cool Me Membersihkan Dan Menyejukkan Udara Di Sekeliling Anda

Dyson Pure Cool Me Membersihkan Dan Menyejukkan Udara Di Sekeliling Anda

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

Selain daripada pembersih vakum, Dyson juga cukup terkenal untuk peranti kipas tanpa bilah mereka, yang biasanya digunakan untuk menyejukkan kawasan-kawasan seperti ruang tamu dan bilik-bilik yang besar.

Syarikat tersebut kini hadir dengan sebuah kipas yang bukan sahaja menyejukkan pengguna di kawasan yang kecil, tetapi juga membersihkan udara tersebut supaya mereka tidak menghirup udara yang kotor. Dinamakan Dyson Pure Cool Me, kipas penyejuk persendirian ini akan memastikan udara yang dihirup sentiasa nyaman dan bersih.

Menguasakan kipas ini ialah teknologi Dyson Core Flow yang diilhamkan daripada enjin jump-jet kapal terbang Harrier yang menggabungkan aliran udara dari dua arah yang bertentangan untuk mencipta satu aliran udara yang bukan sahaja berkuasa, tapi cukup senyap.

Pengguna juga boleh mengubah arah aliran udara dengan mennolak bahagian dom kipas ini keatas ataupun kebawah, dan dengan alat kawalan jauh yang terbina, boleh mengubah aliran kipas ke kiri dan kanan.

Apa yang lebih penting mengenai kipas Pure Cool Me ini ialah ia juga hadir dengan penuras udara HEPA yang menapis 99.95 peratus kotoran yang hadir dalam udara, dan akan hanya mengalirkan udara yang bersih keluar. Di acara Dyson tersebut, kipas ini juga mampu mengeluarkan udara bersih walaupun ia digunakan secara berterusan selama setahun tanpa henti.

Oleh kerana kipas ini direka untuk penggunaan sendiri, lampu ini juga boleh mengesan keadaan cahaya disekelilingnya, dan menutup paparan LED supaya anda boleh tidur dengan lebih selesa tanpa kacau daripada paparan tersebut.

Kipas Dyson Pure Cool Me ini akan tiba di pasaran tempatan pada bulan Mei 2019 kelak dan akan dijual pada harga RM1699.

Kemaskini: Tanda harga Dyson Pure Cool Me telah dikemaskini kepada harga yang tepat.



TIPS & ULASAN