Cari @ Amanz

Pixel Visual Core merupakan pemproses imej berasaskan System-in-Package (SiP) yang dibangunkan oleh Google. Ia telah ditawarkan pada Google Pixel 2/2 XL dan Pixel 3/3 XL, namun tidak didatangkan pada peranti Google Pixel 3a/3a XL.

Perkara ini mungkin dibuat untuk merendahkah kos penghasilan peranti, kerana ia memerlukan sokongan perkakasan tambahan. Sasaran Google adalah untuk menawarkan harga separuh daripada peranti Pixel 3 asal – melalui harga jualan bermula $399 USD (~RM1,655).

Dengan ketiadaan sokongan ini, ia tidak dapat memanfaatkan kelebihan pemprosesan imej ini, seperti prestasi pemprosesan imej yang lebih pantas. Sebaliknya, ia menggunakan Qualcomm Spectra ISP yang sedia ditawarkan pada cip pemprosesan Snapdragon 670.

Namun begitu, Google memberi jaminan bahawa kualiti gambar antara Pixel 3a dan Pixel 3 akan memberi hasil yang serupa. Melalui pemerhatian gambar contoh yang diambil oleh salah seorang editor kami, ia dilihat masih memberi kualiti gambar seumpama Pixel 3.


https://twitter.com/1Obefiend/status/1125927629268197377

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd