Carian
Microsoft Menghidupkan Kembali Projek PowerToys
May 8, 2019 Aman

Bagi pengguna yang pernah menggunakan Windows XP dan sebelumnya, mungkin sedia mengenali penawaran perisian-perisian bersaiz kecil berbentuk produktiviti yang memudahkan sejumlah tugasan pada sistem operasi Windows, dinamakan PowerToys.

Setelah sekian lama dimatikan, kini Microsoft nampaknya menghidupkan kembali projek berkenaan melalui laman GitHub, sekaligus menawarkan ia dalam bentuk sumber terbuka.

PowerToys

Bersama-sama dengan pengumuman menghidupkan kembali projek PowerToys ini, Microsoft turut mengumumkan mereka sedang membangunkan dua perisian baru, iaitu yang pertama adalah untuk membantu sesuatu tetingkap di maximize terus ke desktop baru, selain satu lagi perisian yang sedang dibangunkan adalah panduan kekunci pintas Windows.

Disamping kedua-duanya, Microsoft turut mengatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk membangunkan sejumlah perisian bantuan lain dalam masa terdekat.

Bagi anda yang berminat dengan Power Toys, boleh menyemak laman rasminya di GitHub hari ini.

Komen