TIME Hadir Dengan Promosi Pakej Internet 500Mbps Pada Harga RM129 Sebulan, 1Gbps Untuk RM189 Sebulan

TIME Hadir Dengan Promosi Pakej Internet 500Mbps Pada Harga RM129 Sebulan, 1Gbps Untuk RM189 Sebulan

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

TIME merupakan salah satu penyedia perkhidmatan internet yang popular di Malaysia, dan mempunyai penawaran di sejumlah lokasi secara terhad. Menariknya, kini mereka hadir dengan promosi diskaun RM10 untuk langganan bulanan, sekaligus membolehkan pengguna melanggan pakej 500Mbps pada harga RM129 sebulan (Biasa : RM139 sebulan).

TIME Internet

Pengguna turut boleh memilih pakej 1Gbps pada harga RM189 sebulan (Biasa : RM199 sebulan). Diskaun ini diberikan untuk tempoh 24 bulan bagi langganan pakej internet baru dengan kontrak selama 24 bulan. TIME menawarkan promosi ini sehingga 15 Jun 2019 kelak.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan pakej internet daripada TIME dalam masa terdekat ini mungkin boleh menyemak penawaran ini hari ini.

Daftar : TIME Internet


TIPS & ULASAN