Google pada sebelum ini telah menawarkan Android Auto, namun fungsi ini tidak ditawarkan secara terbina pada peranti Android. Namun Google sedia menawarkan alternatifnya yang mana bakal disertakan bersama-sama Google Assistant.
Melalui kemaskini yang bakal diperkenalkan, pengguna boleh mengaktifkan fungsi ini pada Google Assistant dengan hanya memberi arahan “Let’s Drive”. Kemudian, Google Assistant akan membawa pengguna ke paparan yang dioptimasikan untuk kegunaan memandu.
Mod ini menawarkan tampilan antaramuka yang besar bagi memudahkan pengguna mengawalnya di dalam kereta. Ia menyajikan akses pantas kepada fungsi navigasi, panggilan, dan mengaktifkan fungsi multimedia. Apabila anda menerima sesuatu panggilan, sebuah paparan panggilan ini hanya dipaparkan di bahagian bawah untuk tidak akan menggangu paparan navigasi.
Fungsi ini bakal ditawarkan pada suku ketiga tahun ini kepada semua peranti Android yang mempunyai sokongan Google Assistant. Dengan penyertaan fungsi ini pada Assistant, pengguna dapat mengakses paparan yang dioptimasikan untuk pemanduan tanpa perlu memasang aplikasi tambahan.