Huawei Memperkenalkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dengan Kamera Pop-Naik

Huawei Memperkenalkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dengan Kamera Pop-Naik

Diterbitkan pada Mei 9, 2019 oleh .

Huawei kini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang juga merupakan telefon pertama mereka dengan sokongan kamera pop-naik, iaitu Huawei P Smart Z.

Huawei P Smart Z

Seperti biasa, ia menggunakan sokongan mekanikal, dimana kamera berkenaan akan naik secara automatik apabila anda mengakses kamera hadapan.

Huawei menggunakan kamera hadapan 16-megapixel yang diletakkan dalam mekanisma pop-naik. Sementara untuk kamera belakang pula, Huawei P Smart Z menggunakan gabungan kamera 16MP + 2MP.

Dari segi spesifikasi, Huawei P Smart Z hadir dengan skrin 6.59-inci berasaskan LCD dengan penawaran resolusi 2340×1080 pixel, dilengkapi cip Kirin 710 yang diubah-suai sedikit, penawaran memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkannya juga adalah bateri 4000mAh.

Huawei P Smart Z

Buat masa ini, Huawei P Smart Z hanya ditawarkan di beberapa negara Eropah pada harga 239 Euro, iaitu sekitar RM1296.


TIPS & ULASAN